Sejarah Rakita (stesen radio)

Logo iM4U fm.

iM4U fm[1] ialah stesen radio Malaysia milik 1Malaysia for Youth dikendalikan oleh Genmedia Sdn. Bhd.[2] Stesen radio ini memulakan siaran pada 15 September 2014 dan frekuensinya ialah 107.9 fm di Lembah Klang.[3] iM4U fm bersiaran dari Kompleks Rakan Muda, Puchong, Selangor itu memainkan 70 peratus lagu dalam bahasa Melayu dan 30 peratus lagu bahasa Inggeris dan mensasarkan golongan belia di Malaysia.[4][5] 1M4U fm mengumumkan di laman Twitter mereka bahawa mereka akan menamatkan siaran pada 29 Jun 2018.[6] Pada Januari 2019, iM4U FM telah dijenamakan semula sebagai Rakita.[7]